Tunas Kadet Remaja Sekolah (Sekolah Rendah)
Tunas Kadet Remaja Sekolah (Pembentuk Jati Diri Bangsa Malaysia) merupakan satu penulisan yang eksklusif bagi memenuhi permintaan dalam siri latihan pegawai muda Kadet Remaja Sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Inilah satu-satunya buku rujukan terkini Tunas Kadet Remaja Sekolah pada Abad Ke-21 ini.
Buku ini telah diolah dengan memasukkan maklumat mutakhir berdasarkan Skim Latihan Tunas Kadet Remaja Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diselaraskan dengan Maklumat Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Edisi 2022 yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Pegawai KRS di sekolah yang baharu hendak berjinak-jinak dengan dunia Tunas Kadet Remaja Sekolah sewajarnya memiliki buku ini. Buku ini mengupas beberapa aspek tentang kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah untuk menjadi panduan kepada Pegawai KRS untuk mengaturkan latihan dan ujian bagi semua kurikulum TKRS agar ahli TKRS akan memperoleh ilmu yang sewajarnya mengikut kurikulum yang diperuntukkan.
Bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia, buku ini sangat membantu dalam memahami dan mempelajari ilmu Tunas Kadet Remaja Sekolah. Sumber rujukan amat terhad, gunakanlah buku ini sepenuhnya. Ibu bapa juga boleh memiliki buku ini bagi membantu permata hati mereka melibatkan diri dalam Tunas Kadet Remaja Sekolah sebelum melangkah ke alam Kadet Remaja Sekolah di sekolah menengah nanti.