Sosiolinguistik
Buku Sosiolinguistik ini memberi penekanan kepada hubungan dan saling pengaruh antara perilaku bahasa dengan perilaku sosial. Selain itu, penekanan menyeluruh turut diberikan kepada topik paling relevan yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat, serta bahasa dan budaya.
Gambaran keseluruhan buku ini adalah berkisar tentang topik utama sosiolinguistik dan sosiologi bahasa, serta menyediakan pengenalan asas kepada kaedah terpenting yang digunakan dalam penyelidikan dan analisis sosiolinguistik. Perbincangan adalah berkisar tentang topik seperti:
komuniti pertuturan,
dialek,
kod,
variasi,
pidgin dan kreol,
dwibahasa,
multibahasa,
diglosia,
bahasa dan jantina,
perancangan bahasa,
pengekalan bahasa,
serta peralihan bahasa.
Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh:
mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS),
siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG),
guru-guru di sekolah rendah serta menengah,
guru-guru yang menjadi peserta kursus dalam cuti (KDC),
pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta negeri (JPN),
dan sesiapa sahaja yang berminat dengan pengajian Bahasa Melayu.
Selain itu, buku ini juga amat sesuai untuk pensyarah-pensyarah IPTA, IPTS dan IPG yang mengajar kursus-kursus teras dan major Pengajian Bahasa Melayu dan Pendidikan Bahasa Melayu.