Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu
Buku Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu (atau Semantics and Lexicology of the Malay Language) ini memfokuskan kepada aspek leksikologi dan semantik di Malaysia. Selain itu, turut dibincangkan adalah penelitian dan perbandingan pelbagai jenis kamus, pendekatan yang digunakan serta aplikasi metabahasa.
Aspek semantik yang diberi penekanan adalah pada tahap leksikal. Namun begitu, jenis-jenis makna leksikal juga turut dibincangkan, iaitu sinonim, antonim, hiponim, homonim, homograf, homofon, polisem, sebagaimana yang terkandung dalam kamus bahasa Melayu sedia ada, seperti Kamus Dewan, Kamus Pelajar Bahasa Melayu dan sebagainya.
Kelebihan buku ini dipaparkan melalui perbincangan terperinci dalam sebelas bab yang disusun rapi. Sehubungan itu:
Bab 1 memberi tumpuan kepada topik Pengenalan Kepada Semantik
Bab 2 dengan topik Semantik Ayat
Bab 3 ialah Konteks Dalam Semantik
Bab 4 ialah Bidang Semantik
Bab 5 ialah Pengenalan Kepada Leksikologi
Bab 6 ialah Kaedah Pembentukan Kata
Bab 7 ialah Konsep Asas Leksikografi
Bab 8 ialah Sejarah Leksikografi
Bab 9 ialah Penyusunan Kamus
Bab 10 ialah Fonetik dan Fonologi Dalam Perkamusan
Bab 11 ialah Pelabelan Sosial dan Kamus
Buku ini ditulis berdasarkan rangka kursus major Semantik dan Leksikologi yang digunakan oleh IPTA bagi program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bahasa Melayu dan belum terdapat di pasaran.
Kandungan buku ini amat membantu mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS serta siswa guru IPG untuk memahami dengan lebih mendalam tentang topik-topik dalam semantik dan leksikologi bahasa Melayu serta aplikasi dalam komunikasi seharian. Selain itu, kandungan buku ini juga amat berguna untuk memahami teknik penyusunan kamus serta manfaatnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.